31.1.10

Responsibility

Saya anak sulung dari 3 beradik. Juga perempuan tunggal dalam keluarga. mesti ramai akan cakap saya pandai masak, selalu kemas rumah, kreatif buat barang2 hantaran, pandai menjahit baju (dulu masa skolah baju skolah mama buat sendiri je) - JUZ LIKE MY MOM.

nyata, salah! anta sume yg saya list, saya hanya pandai masak jek. tuh pn sbb passion saya terhadap makanan tidak ternafikan (wtf? ternafikan? haha). saya tatau buat apa2! bilik slalu mama yg kemas kan. rumah, kalo mama berleter baru saya mop, vacuum, kalau x mmg HARAPAN! terok kan saya?

bila cari jodoh nnt obviously saya perlu cari pasangan yang x kesah saya tatau masak, x kesah saya jenis bersepah, x kesah saya x kreatif, kesimpulannya yg kontra lah dngan perwatakan saya. jenis yg kalo saya lepek baju kt atas katil dia boleh tolong amek lipat kn lah! hikkk. mcm dah jmpe :)

tp kisah nya adalah, mama kena masok hospital sbb nak buat minor operation kt bahagian lutut. TIADA PEREMPUAN LAIN DI RUMAH SELAIN SAYA! adik yg berdua tuh tentunya lah mengikut jejak perangai x senonoh kakak nya. jadi mahu atau tidak, SAYA HARUS JADI PEREMPUAN! Abah saya kira sebagai seorang ayah yg hebat. pagi2 sidai baju, malam basuh baju, then lipat plak.. balik keje pn lambat then mandi berkejar nak pegi teman mama plak. saya kagun sama abah!

jadi, pulang kali ini, di dada saya penuh dengan tanggung jawab! banyak yg perlu saya buat! balik hari khames tros saya lepak hospital teman mama then on friday morning baru saya balik rumah. mula2 masak nasik grg sardin (of feveret ku sepanjang masa!) untuk abah n adik2 so dorang x perlu makan kt kedai bawah kmc yg x sedap tuh. then saya mop dapur, basuh kain baju mama yg saya bawa balik plus baju yg saya kutip dr bilik adik2 berlepek di merata tpt (juz like their kakak ~.~), sidai, lipat baju, kemas rumah, sapu mane2 tpt yg perlu nak di sapu.huhhh! saya mula terasa..... ssh nya nak kawen! u! i nak bibik pliss? plis?

then saturday mama balik rumah skejap. perggghhh berderu org yg datang... nescafe saya buat banyak2. abes jek tmbh air panah tmbah susu, nescafe, dan begitu lah seterus nya. chinnggg!! hebat x? hahah then ptg nya pegi bli ka makanan kt pasar malam untuk guest semua. mula nya janji sama rakan2 untuk lepak at ijoo's. but cannot make it.. tatau lahh. mmg sbb mama sakit nih. emosi nya sensitif sangat. THOUSAND APOLOGIZE FRENSS!!

tday, abah send mama back to kmc early morning, at least sbelom doc dtg melawat. Saya tinggal di rumah. Perlu bertanggungjawab melakukan beberapa perkara before saya balik kl esok:
1- arini na masak nasik lemak!!
2- kemas rumah, mop lantai sapu2 mana patut
3- kapur kasut skolah adik
4- gosok baju skolah adik untuk seminggu.
5- semak buku2 skolah adik. bukan bleh kira dak nih. padan mengadap game jek keje nye.

Saya rasa seronok dapat tolong mama :)
Tapi saya rasa sedih sbb i've broke my chenta hati's heart by not joining the ATV. sorry babe. guess u understand my situation. next time i'll be back again dan kita beraktiviti k?? at least by dat time mama dah fully recover :)
dan terima kasih juga sebab datang melawat mama, dan bg bunga yg sangat cantik!! mama x abes2 memuji. kembang perut saya dengar. ok perut mmg kembang sbb banyak makan. ~.~


p/s: I'm So Sorry GauLs... :(

22.12.09

KAHWIN

ya, KAHWIN in capital letter. Umur saya dah pun 24 dis coming few days lagi. kawan2 ramai gila dah kawen kot? dis year jek, shashila, betty, mimie-dah-siap-pregnant-menanti-masa-meletup, hamizah pardi, and got few more frens yg da kawen saya tak sempat pergi pn. tu part kahwin. part tunang plak? next week rynn nak tunang, then yg dah tunangan org pn ramai x teringat pula nama2 mereka and latest che wa na betunang next year may. And ini mmg amatlah terasa kerana she's my FIRST CLOSE FREN yg decide nak bring her r.ship wif her partner to the next level. When i was first heard, i was like WHAT??? che wa btol ke?? then lama2 saya fikir dorang dah 4 years in r.ship kot? dorang mmg patut bertunang? pegi ikot dorang survey cincin buat kan saya terfikir, seronok nya!! bila turn saya?? i might sound gatal but i guess if awak sume at my place pn mesti awak sume rs cm tuh...

but mcm2 soalan saya fikir. Antaranya:

1) cemana dorang betol2 pasti dgn lelaki itu lah yg dorang spend the rest of their life?
Jawapan-berdasarkan-observation-rakan-terdekat (JBORT) - bila awak dah spend like 4 years dgn org tu dan awak dah rasa selesa dgn org tuh. gadoh skali skala adat lah. awak ingat kawen nnt xgadoh ke? bila awak kehilangan org tu awak mula sedar yg sbenar nya awak perlukan org tu dalam hidup awak. then he's the guy. eventho ramai yg kata, becinta lama x smesti nya tu jodoh kita. tapi jodoh kan keje Tuhan? Jadi kita berserah je ok? Insyaallah.. Mohon lar keberkatan dari-Nya...

2) cemana dorang bleh terfikir nak tinggal kan dunia bujang begitu saje sedang kan tau tak bila hidup berdua kau akan terikat gila kot?
JBORT - ini berkaitan dengan jawapan persoalan pertama. bila awak da jumpa org yg sangat selesa untuk awak bersama, awak takkan penah rasa terikat. ok tipu la x penah. but at least its something yg awak xkan regret pn. ini akan terjadi bila awak betul2 dah kenal org tu. how he act, how he talk, how he handle problems and everything then awak mula rasa awak safe dengan org tu. jadi tiada ragu2 lagi kn? summary, awak semua akan ambil keputusan untuk kahwin hanya bila awak betul2 dah kenal org tu dan awak dah yakin dengn org tu dan yg paling penting awak rasa safe dgn org tu. oh bila kata safe jek perlu lah yg berdada bidang seperti remy ishak? Auuuww!!

3) cukup ke gaji nak menyara hidup bila dah kahwin nnt? sedangkan bujang ni pn sengkek. gaji aku, gaji aku, gaji boifren pn gaji aku.
JBORT - ini pn berkaitan dengan jawapan di atas. bila awak dah rasa safe dengan org tuh, awak akan percaya bahawa org tu mampu untuk menyara kita erti kata mampu handle kewangan bila duduk berdua ni. rasa nya lagi save kot? takyah la nak duit minyak dr p.jaya ke bangi, bangi ke p.jaya hari2. bila da kawen kn dok serumah? iye dok? huhu lagipun org kata rezeki dah kawen ni murah.. Insyaallah.. moga2 perkahwinan yg dibina diberkati.

ini persoalan saya dan dari pandangan saya je. anda punya?


agak2 gaya begini layak dipinang x? or cuma layak dapat lempangan di pipi? hukhuk!!


P/S: jadi bila saya boleh kawen nih? hikkk!! ^_^

13.11.09

Kesalahan Saya


Saya dah buat SATU Kesalahan di atas Kesalahan Saya yang lepas.

Ada yg tak paham kenyataan itu bukan?

Begini,
dahulu saya telah buat 1 kesalahan terhadap org itu. Kemudian, hari ini berbekal kan kesalahan yg saya buat dahulu tu, saya telah create 1 lagi kesalahan yg lain terhadap org itu juga. Kasihan org itu kan?

paham x?
rasa macam dah beria saya explain. plis lah paham?

kesumpilannya di sini,
(ok salah eja kesimpulan. tp tanak rasa hipokrit untuk tekan backspace. jadi tulisan saya kelihatan jujur bukan? katakan bukan skarang!! eh? salah! kata kan ya pada tulisan-saya-yg-kunun-kelihatan-jujur-sebab tak-tekan-backspace-untuk-kesalahan-ejaan skarang!)

saya dah tersalah langkah.......
i shud keep all my feelings to myself.
so that, i can reduce number of ppl who might get hurt.
saya je terluka tak apa.
(plis cakap wanie mulia?)

12.11.09

Grandiose Vacation!! - Part 1

LIVE YOUR LIFE TO THE FULLEST!!

Penat gila kot? But worth it! Happy gila!

Participant:
1- Anas (head of vacation)
2- Paan (co-pilot - tp x harap mana sbb tkde lesen. sila maki!)
3- Che' Wa
4- Hajar
5- Wanie (Saya!)

Transportation:



MyVi milik Anas WRX****

Rules and Regulation:
1- sape yg x jadi pegi dikenakan kompaun.
2- TAK BOLEH TIDO - sorang jek tdo teros masok low-way. GuLp!
3- Tak nyanyi memekik kena kompaun.
4- tak keluar kete time benti kat R&R kena kompaun.
5- x abes makan kena kompaun
ape lg korang? aku da lupa. banyak sangat!

kesimpulan: KERETA NI KERETA PALING BANYAK MENGENAKAN KOMPAUN.

Day 1
Lokasi: Air Papan, Mersing






















dis is real best!


Day 1:
Nyte at jeti Teluk Sengat, Kota Tinggi






saya tanak awak suma pening baca cerita yg bukan bukan saya.
kali ni, let all the pictures do the talking. ngeee. Enjoy!

P/S: Part 2 will be upload soon. More at JB,Melaka, and Putrajaya! Stay tuned!!! eceh! Poyo gila kau wanie? T_T



11.11.09

Stop it Wanie!!

saya terasa fed up dengan feeling sendiri. awak suma tahu tak, bila awak semua dah buat 1 big decision, its not for a day or 2... its for the rest of ur life yg awak semua perlu hadapi. kalu panjang umur, means lama lah lagi, kalo pendek umur, alhamdulillahh.. x banyak dosa, x banyak challenge in ur life which sometimes makes u really give up. i mean, real give up.


bila awak semua punya pilihan untuk hidup sendiri, punya ramai kawan yg cool, fameli yg loovely gila mesti awak semua rasa hidup awak semua dah lengkap kan? saya punya semua yg saya mention tadi but still, i feel like something is missing. something/someone who fullfilled me for the past 3 years. yess. saya berasa dikongkong tapi at the same time dia buat saya disayangi tahu tak? by letting (or in exact word, dumping) him go ckup untuk buat awak semua fikir saya jahat kerana tidak tahu hargai seseorang yg amat sayangi saya. i feel bad too? in fact i miss him every single day!

but kan atuk nenek kita penah cakap, berani buat, berani tanggung? jadi disini saya perlu berani tanggung! hey wanie! kau kena berani tanggung perasaan rindu kau sebab kau dah dump dia. tak malukah? sapa suruh perasan hebat kunun iron lady?

please someone hugs me and say "of cos, its for ur own good, sayang" plis someone plis?

oh kau tak perlu menagih kata semangat dari org! make urself strong wanie! u can do it? everybody knows u cn do it. mama selalu cakap kau degil. jadi gunakan tahap kedegilan kau di sini?


tapi saya rindu dia...
saya rindu bila dia....
saya rindu bila dia kata saya...
saya rindu bila dia pujuk bila saya gaduh dengan mama n abah...
i miss his hugsss...
saya rindu nak menonton wayang bersama.
 (saya dah pernah cuba dengan org lain, tetap perasaan menonton bersama dia yg saya rasa)
saya rindu bila kami window shopping kami berjalan sambil....



F'!! STOP it wanieee!!