13.1.12

Info Kesihatan - I dah tua uols!

Haruss lah kesedaran mengenai kesihatan ni wujud tat kala umur melangkah ke 26 tahun sudah. Tua dah weh. dulu slalu bila dengar akak2 senior dok bising gelabah emosi umur dah tua bila cecah 25/26 tahun i akan mencebik muka je. Ye lahh.. jgn nak perasan tua sangat lah wey! tp kan hakikatnya, yes takde la tua sgt but at this stage of age weols really need to start eating healthy. Harussss kenali supplement yg perlu utk badan. Macam I skarang I dah start to takut dgn makanan yg berlemak, I dah start concern dengan cholestrol level dlm badan I dan harus lah juga cncern dengan berat badan sekarang. Dulu boleh buat alasan vangang "makan selagi sihat, mmg hobi ternak lemak". Tapi bila umur begini uols sendiri akan rasa lah taknak jadi mcm mereka yg menderita penyakit kronik bila dah tua nanti.

So kepada yg smoking, I sebenar nya takde masalah pun kalau teman2 rapat i nak smoke heavy sehari 2 kotak ke apa. tp please pandai2 la seimbang kan dengan supplementsssssss. Ha nmpak kn banyak s tuh. dan minum air kosong sebanyak mungkin. 

Ceritanya bermula apabila dua gadis ni yang dahula nya suka mengamalkan pemakanan sihat. Then tibatiba mereka berdua dpt hidayah untuk memulakan semula amalan yg telah lama dilupakan. Jadi I pn secara tak langsung ter-involve.  I started to learn on eating OAT. Yeap dulu I rasa oat ni adelah makanan yg ridiculous, sampah, tak memenuhi nafsu selera I. Then they teach me on how we are going to make it delicious and of course, acceptable. 

- Sehari bancuh 3-4 sudu oat (kalau nafsu makan korang memang melahar setiap masa, amek la 6-7 sudu tengok habes ke tidak). Macam I diorang ajar I amek oat segera tu which is segera means x payah masak, bancuh je dgn air panas then acceptable to eat lah takde la keras macam mkn kertas. 

**Makan macam tu je? mesti lah tidak!
- Sebelum bancuh, kitorang akan turun pegi kafe beli lauk pauk yg mampu mengecurkan air liur. Sayur, ayam/ikan/daging. hidangan mestilah lengkap ye uols?
- Akhir sekali, makang! 

Percaya lah bila baca dan cuba bayangkan mmg lah ianya seper something yg disgusting. Tapi hakikat nya hidangan begini sgt acceptable. And believe me, korang akan cepat gila kenyang. Daripada yg berlagak kunun 3-4 sudu oat tu takat celah gigi, x sampai seminggu lepas tu mula rasa 3-4 sudu tuh dah mampu menye'eh kan perut hingga tak mampu utk duduk dengan selesa lagi.

So ini adalah teori nya teknik yang guru2 I ajarkan. Bila kita makan makanan berminyak/bersantan dengan oat, oat ni mampu menyerap lemak2/minyak2 yg kita makan tadi tu. So sistem badan tak serap lemak/minyak untuk rakan2 mereka hari ini. Jadi aktiviti harian kita akan membakar lemak yg telah selesa tersedia ada dlm badan kita. So dengan kesabaran Insyaallah kolestrol dlm badan akan berkurang, lemak pn minta2 lah lebih nipis dah yang penting nya tubuh badan akan lebih sihat bagi menghadapi hari2 yang kita pn tataw berapa lama lagi kan?




Wajah terpaksa ditutup akibat comel sgt (ke?)
(Ini adelah dua gadis yang bertanggungjawab meyakinkan I mengenai pemakanan oat.)

I takde buat research pun on how oat works in our body. Teori di atas I percaya atas logical dan juga sedikit perubahan yg telah berlaku pada I setelah mencuba. So, read at your own risk ok? However, I hope info I ni boleh guide korang (tak lurus pun selekoh2 sikit pun boleh la kan?) ke arah kehidupan yang lebih sihat.

I sebenar nya nak tulis pasal 1 magical chinese herb called Ganoderma. Tapi macam ada kerja nak buat je jap lagi so nanti I sambung info kesihatan I ni. 

Stay Healthy!
xoxo